Bila Orang Asing Mula Berbahasa Melayu
Belajar pelbagai bahasa memang sangat digalakkan.Contohnya kalau belajar Bahasa Arab dapatlah bercakap Arab kalau pergi buat Haji nanti.Kalau belajar bahasa Peranchis,silap-silap hari bulan boleh dapat awek cun Peranchis macam isteri Nicolas Sarkozy.Belajar bahasa Jepun pula boleh lah datang melawat Disneyland Jepun.Tustasnya memang baguslah kalau belajar banyak bahasa.
Di Kolej Tepi Jalan,saya ada berkawan dengan beberapa budak Korea.Ala orang Korea macam dalam cerita Korea TV3 dulu lah.Jadi,saya pun cubalah belajar sikit-sikit bahasa Korea.Mak aih,terbelit-belit lidah nak bercakap bahasa Korea.Susahnya sampai saya pula kena marah oleh orang Korea.
Jadi saya pun berputus asa daripada cuba bercakap Korea.Lagipun saya tak berhajat pun nak pergi Korea apatah lagi berangan nak kahwin dengan orang Korea.
Tapi bahasa Melayu jelas lebih senang untuk ditutur daripada bahasa Korea.Buktinya junior saya di House yang berbangsa Korea dapat bertutur bahasa Melayu dengan baik.Tak lah pelat sangat.Tapi ada juga keburukan bila belajar bahasa lain ni.Biasanya anak muda sekarang bila belajar bahasa lain suka belajar perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang tak senonoh.
Satu hari,selepas selamat melabur ASB di tandas,saya terserempak dengan junior saya dan dengan ramahnya saya menyapa dia dalam bahasa Inggeris.Kemudian dia cuba tunjuk skill dia menggunakan bahasa Melayu,Dia cakap,
"Saya ingin berasmara dengan Tasnim".
Tersirap dah aku.

